Thursday, March 18, 2010

Explaining why i have to take History despite being a Bio Major

H A P P Y 57th B I R T H D A Y P A P I ~~~!!!!!!

~HAPPY ST. PATRICK'S DAY!!!!!!~
(It's an Irish celebration, so green's the color)


Wahai Kawan-Kawan Sekalian,

Minta maaf jika tatabahasa yg digunakan kurang memuaskan. Kemahiran menulis dlm BM saya sudah "karat" kerana kian lama tidak digunakan.

Hari ini saya ingin menjelaskan kepada rakan-rakan yg mengikuti blog ini berkenaan sebab penuntut dalam jurusan Sains (Biologi) dikehendaki mengambil kursus Sejarah.

Sebenarnya, kami bukan sahaja dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 2 kursus Sejarah. Sebagai penuntut di Kolej Seni & Sains Weinberg (Weinberg College of Arts & Sciences), salah satu syaratnya adalah untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 kursus bawah enam "Areas of Distribution", kata pintas "Distro"(=? somebody help me here), iaitu:

Area I: Sains (Sciences)
-misalnya Kimia, Biologi, Fizik, Astronomi, Geologi, Anthropologi, Neurosains (?) dll.

Area II: Pembelajaran Formal (Formal Studies)
-misalnya Pendahuluan kpd Nombor (Intro to Numbers, seriously, this subject exists), Logik, Matematik, Statistik, dll

Area III: Sains Perilaku (Behavioral Sciences)
-sbg cth Ekonomi, Psikologi, Anthropologi, Pembelajaran Jantina(Gender Studies) dll

Area IV: Sejarah (History)
-termasuk Sejarah Amerika Syarikat, Tamadun Europa, Tamadun Roman, Sejarah Ngri Cina, Sejarah Jepun, Sejarah Dunia, Sejarah Pemikiran Alam Sekitar, Sejarah Agama XYZ, Sejarah Perkauman, Sejarah Seni Kuno, Sejarah Seni Moden, dll

Area V: Nilai-Nilai (Values)
[OMG Now only i realize what nilai-nilai murni means in English. =.= Pendidikan Moral=fail]
-termasuklah Falsafah, Sains Politik, kursus pelbagai agama (Hindu, Kristian-ada juga Katolik, Buddha, Islam, Amerika Asli (Native American) dll)

Area VI: Seni Halus & Sastera (Fine Arts & Literature)
-misalnya Sejarah Seni, plb kursus Seni, Muzik, Sastera Dunia, Shakespeare, Puisi, Sastera Cina, Analisis dan Persembahan Sastera, dll.

---
Ya, betul, kami dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 2 kursus drpd kesemua 6 Distros yang disenaraikan.

Saya senang dengan peraturan ini juga. Banyak kursus yang menarik ditawarkan oleh NU. Saya boleh meninjau minat saya dalam pelbagai jurusan. Selain itu saya juga boleh mempelajari pelbagai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian mahupun dalam karier pada masa depan. Sememangnya kepakaran dalam sesebuah bidang merupakan aset dalam karier, tetapi seseorang yang turut memiliki pengetahuan atau kepakaran dalam bidang lain, tentunya dia mempunyai kelebihan.

[sorry i'm tired of writing argumentatively in bm]
Of course one can still learn stuff on his own even without being forced to take classes. But these classes are taught by professionals in the field they specialize in. This makes classes much more enjoyable and interesting and educational. I really don't mind because I like these other subjects. But of course people who are not interested will disagree.

Sebagai penutup, saya ingin memberitahu semua pembaca bahawa saya sudah menghabiskan peperiksaan saya! Esok saya akan pergi ke Chicago Botanical Garden, dan saya harus bangun awal, jadi setakat ini sahajalah karutan saya.

Selamat Malam dan semoga Tuhan melimpahi rahmatNya ke atas semua.

2 comments:

josiah said...

Seperti yang saya sering katakan, saya sebenarnya menyukai History tetapi tidak boleh tahan dengan Sejarah (seperti yang dipromosikan dalam kurikulum KBSM). History sebenarnya sangat menginterestingkan (maaf, saya sudah sepuluh tahun tidak menulis Bahasa Melayu).

Saya suka akan sistem Amerika yang memberi banyak pilihan kepada pelajar-pelajarnya. Kalau saya dipaksa mengambil subjek-subjek yang saya tidak minati (*cough* Sejarah KBSM *cough*), saya akan rasa tidak berbaloi and membuang masa sahaja.

mei hua said...

menarik ^_~ (i remembered!)

kalaulah Sejarah KBSM diajari oleh Mr. Raymond Lee dari INTI Nilai, ia akan menjadi mata pelajaran yg amat menarik dan lebih "thought-provoking" drpd mana-mana sukatan pelajaran yg kononnya mampu memupuk "kemahiran berfikir scr membina"